CBP sasar 2,000 akaun Simpanan-i Salam - Utusan Malaysia

CBP sasar 2,000 akaun Simpanan-i Salam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Coopbank Pertama (CBP) menyasarkan tambahan sebanyak 2,000 akaun Simpanan-i Salam MyStar dibuka pada tahun 2021-2022 untuk individu berusia 18 tahun ke bawah. 

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, menerusi pembukaan akaum itu, pendeposit di usia berkenaan secara automatik menjadi ahli kelab MyStar. 

“Kelebihan diperoleh adalah  ahli dapat menerima potongan harga daripada rakan kerjasama strategik CBP. 

“CBP kini merancang menambah lagi beberapa rakan kerjasama strategik dalam memberi kesitimewaan dan manfaat kepada ahli kelab ini, dengan pembukaan akaum MyStar serendah RM20 juga mampu memupuk semangat menabung pada usianya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ketika ini, kata Baharom, CBP  bekerjasama dengan Penang Bird Park yang menyaksikan ahli diberi kemasukan percuma dan Kedai Salim Wahab yang memberi potongan harga sehingga 15 peratus. 

Dalam pada itu, menerusi program Touch-Point, Anggota Lembaga (ALK) CBP telah turun padang dalam menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan kotak makanan asas kepada golongan berpendapatan rendah (B40), golongan asnaf, fakir miskin yang menetap dalam lingkungan berhampiran cawangan CBP. 

“CBP turut mengadakan program Back To School, kita membuka akaun Simpanan-i Salam kepada 50 pelajar sebanyak RM200 seorang. CBP memperuntukkan RM300,000 bagi menjayakan program ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya