ALOR SETAR: Aktiviti sukan memanah yang semakin diminati ramai di negara ini memberi peluang kepada pereka busur, Zaharudin Zanual, 41, dari Kampung Bukit, Pokok Sena di sini mengembangkan bakatnya sambil menambah pendapatan.
Zaharudin memulakan kerjaya sebagai pereka busur iaitu sejenis peralatan pelancar untuk melepaskan anak panah sejak setahun lalu.
Dia mula terlibat dalam bidang itu selepas permintaan busur memanah tradisional semakin meningkat di pasaran.
“Saya mengambil masa antara seminggu hingga dua minggu untuk menyiapkan satu busur. Dalam sebulan saya menerima antara dua hingga lima tempahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit di sini semalam.
Zainudin yang lebih dikenali sebagai Pak Tam berkata, dia menghasilkan busur itu menggunakan kayu yang terdapat di sekitar kampungnya.
Katanya, antara jenis kayu yang digunakan adalah mentalon, petai belalang, nangka, merbau dan sentang.
“Kekuatan dan kualiti busar bergantung kepada pemegangnya yang akan menentukan arah anak panah tepat ke sasaran,” jelasnya.
Menurut Zaharudin, setiap satu busar yang dihasilkan dijual pada harga antara RM400 hingga RM2,000.