Buli: P.Ramlee sudah tegur 50 tahun dulu, kita saja yang lalai - Utusan Malaysia

Buli: P.Ramlee sudah tegur 50 tahun dulu, kita saja yang lalai

FILEM Anakku Sazali mempopularkan Zaiton sebagai seniwati terkenal di studio Jalan Ampas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Bukan senang jadi mak bapak ni, jangan sampai orang cakap kita tak pandai ajar anak”.

Demikian tegur seorang netizen di Facebook mengenai kes buli yang berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh baru-baru ini.

Menurutnya, sebagai ibu bapa kena ajar anak nilai-nilai murni sejak dari kecil.

“Ajar anak apa yang baik apa yang buruk. Ajar sampai nilai-nilai murni dalam diri. Supaya bila mereka keluar rumah, sifat itu dah ada dalam diri. Jangan ingat anak pandai belajar tu dah cukup. Kena ajar juga adab susila, hormat orang, bantu orang, simpati dan empati kat orang.

“Bab ajar anak ni P.Ramlee (Tan Sri P.Ramlee) dah tegur 50 tahun dulu dalam cerita Anakku Sazali. Jangan sampai kata-kata Sazali pada bapanya kena kat kita pula nanti.

“Bapa yang bersalah dalam soal ini, bapa membesarkan Sazali dengan secara membabi buta, segala apa kemahuan Sazali bapa tunaikan. Hebat betul P.Ramlee dah lama nampak, kita saja yang lalai,” katanya.

Beliau kemudiannya menulis, budaya membuli di sekolah kini sudah jauh berubah dan kalau dahulu hanya melibatkan pelajar senior.

Kini jelasnya, pelajar Tingkatan 1 pun sudah berani membuli rakan setingkatan.

“Ini pada aku agak pelik sikit. Biasa yg membuli ni senior. Tak tahulah apa masalah budak-budak tu. Nak tunjuk hebat dengan belasah kawan sendiri. Pastu bodoh rakam dan viralkan. Akhirnya jadi kes polis.

“Aku dulu duduk asrama juga dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5. Sepanjang duduk asrama dulu tak pernah pula aku kena buli dan buli budak-budak.

“Kalau ada kes buli kat asrama aku dulu pun setakat suruh tabik hormat, cuci kasut, cuci baju dan gosok baju. Tak pernah pun ada kes belasah anak orang separuh mati. Nampaknya budak-budak sekarang makin advance,” katanya.

Memetik tulisannya, beliau menambah, nak menyalahkan yang mereka dulu kena buli dan nak balas dendam teruskan ‘putaran jahanam’ tak boleh juga kerana yang membuli sekarang ini pelajar Tingkatan 1, bukannya pelajar senior.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya