Bulatan Pulau Carey perlu ditambah baik pertingkat aspek keselamatan - Utusan Malaysia

Bulatan Pulau Carey perlu ditambah baik pertingkat aspek keselamatan

Ramli menunjukkan kenderaan yang masuk ke Bulatan Pulau Carey tanpa berhenti terlebih dahulu dari hala Banting dan Pulau Carey yang menyukarkan penduduk kampung keluar dari kawasan rumah mereka. ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT : Aspek keselamatan perlu ditambah baik di Bulatan Pulau Carey yang terletak di Jalan Banting-Klang bagi mengelakkan kemalangan melibatkan kenderaan yang menggunakan laluan tersebut.

Seorang penduduk, Ramli Mohd.Atan, 65, memberitahu, dia menghadapi masalah untuk keluar dan masuk ke rumah sendiri disebabkan pemandu dari arah Banting dan Pulau Carey tidak berhenti sebelum keluar masuk ke laluan di bulatan tersebut.

“Saya berharap ada cara untuk memastikan kenderaan dari arah Banting dan Pulau Carey tidak masuk melulu ke Bulatan Pulau Carey ini.

“Sebelum ini saya mencadangkan agar bonggol dibuat lima meter sebelum semua kenderaan masuk ke laluan di bulatan tersebut tetapi pihak berkuasa mengatakan ia jalan utama dan bonggol tidak sesuai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kawasan Bulatan Pulau Carey hari ini.

Ramli berkata, sebelum ini dia sudah membuat aduan agar agens berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) menambah baik aspek keselamatan agar tiada lagi kenderaan kecil seperti motosikal dan treler terlibat dengan kemalangan.

Katanya lagi, kemalangan boleh berlaku jika kenderaan dari susur keluar dari rumahnya dan kenderaan dari Pulau Carey tidak berhenti sebelum keluar ke laluan di bulatan itu.

“Seminggu boleh dikatakan berlaku dua kes kali kemalangan sama ada parah atau sebaliknya. Kadang-kadang kemalangan berlaku disebabkan kenderaan dari Banting brek mengejut bagi mengelak kenderaan dari Pulau Carey atau susur keluar dari kawasan rumah saya ini,” katanya.

Ujarnya lagi, ada beberapa kali dia membantu mangsa kemalangan motosikal yang menekan brek secara mengejut kerana mengelak melanggar kenderaan dan dia pula dilanggar dari belakang.

Tambahnya lagi, pihaknya berharap papan tanda amaran dipasang bagi memberi peringatan kepada pengguna kenderaan dari arah Banting dan Pulau Carey supaya berhenti sebelum keluar ke bulatan tersebut sama ada menghala ke Klang atau Banting. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya