Bukan waktu sesuai bicara soal PRU - Tuan Ibrahim - Utusan Malaysia

Bukan waktu sesuai bicara soal PRU – Tuan Ibrahim

TUAN Ibrahim Tuan Man (dua dari kiri) melawat tapak projek pembinaan empangan sabo di Titi Hayun, Yan hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Tindakan Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, bukan bermaksud terdapat ‘ribut’ atau ‘gangguan’ dalam pentadbiran kerajaan sedia ada.

Sebaliknya menurut Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, sokongan dinyatakan itu sebagai pernyataan pandangan bahawa sekarang bukan waktu yang sesuai untuk mana-mana pihak membicarakan soal pilihan raya umum (PRU).

Katanya, ketika ini masih terdapat banyak perkara perlu diuruskan terutamanya berkaitan kepentingan rakyat.

“Tak ada gangguan atau ribut (dalam pentadbiran kerajaan). Cuma kita lihat ini bukan waktu yang sesuai untuk membicarakan soal PRU.

“Dalam keadaan rakyat masih lagi perlu pembangunan ekonomi, aspirasi 100 hari baru diumum dan kita belum selesai berdepan isu Covid-19, masanya belum sesuai kita bercakap soal PRU.

“Sebab itu BBC buat keputusan nyatakan sokongan hingga tamat penggal kepada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Pembinaan Empangan Sabo Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dalam Daerah Yan dan Kuala Muda di Pusat Bekalan Titi Hayun di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, beliau turut merasakan langkah itu sebagai yang terbaik buat negara dan rakyat.

“Tak perlu sampai ke tahap itu (PRU). Tak perlu ada pilihan raya awal pada masa sekarang dan itulah maksudnya sokongan tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya