Buaya di Paya Indah Wetlands, bukan tasik kampung - Utusan Malaysia

Buaya di Paya Indah Wetlands, bukan tasik kampung

PEGAWAI Perhilitan Selangor menunjukkan lokasi kolam buata di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dakwaan penemuan seekor buaya di sebuah tasik di sekitar Kampung Ahmad Razali Tambahan, Dengkil, semalam didapati bukannya berlaku di lokasi berkenaan.

Ia berikutan siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mendapati, lokasi itu adalah di sebuah kolam buaya di Paya Indah Wetlands.

Pengarahnya, Dennis Ten Choon Yung berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Perhilitan negeri dan Hulu Langat  ke tasik itu sejurus selepas menerima maklumat mengenai penemuan tersebut, malam tadi.

  Katanya, hasil pemeriksaan menyeluruh pihaknya bagaimanapun tidak menemukan buaya di kawasan berkenaan.

  “Kita hari ini menerima maklumat bahawa video atau gambar tular mengenai reptilia itu adalah di Paya Indah Wetlands. Perkara itu dimaklumkan sendiri kakitangannya yang mendapati ia sama dengan kawasan sebuah kolam buaya di situ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

  Semalam, tular dakwaan penemuan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter di sebuah tasik menggemparkan penduduk kawasan kampung berkenaan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya