SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengingatkan bantuan tunai bagi membantu mangsa banjir hanya untuk warganegara Malaysia.
Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar & Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata, atas nilai perikemanusiaan, pihaknya turut membantu warga asing daripada aspek pemberian barang dan makanan.
“Banjir yang melanda Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tigadi bandar raya ini bukan sahaja menyebabkan warga tempatan terjejas malahan warga asing. Dasar kita wang bantuan adalah untuk warganegara dan bagi warga asing kita beri bantuan seperti tilam, bantal dan makanan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) dari Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Dewan Alamanda hari ini. – UTUSAN ONLINE