Bot laju percuma setahun untuk penumpang pejalan kaki

Bot laju percuma untuk penumpang pejalan kaki

KERAJAAN Negeri Pulau Pinang menyambung pembiayaan tambang feri (bot laju) selama setahun lagi iaitu mulai 1 Januari sehingga 31 Disember 2022 sekali gus membolehkan rakyat tempatan menggunakan perkhidmatan itu secara percuma.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyambung pembiayaan tambang feri (bot laju) yang menghubungkan tanah besar dan pulau negeri itu selama setahun lagi iaitu mulai 1 Januari sehingga 31 Disember tahun depan. 

Sehubungan itu, Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, semua warganegara Malaysia termasuk warga emas, orang dewasa, kanak-kanak dan golongan orang kurang upaya (OKU) layak menikmati perkhidmatan tersebut secara percuma. 

“Sejak 1 Julai 2021, kerajaan negeri telah melancarkan program feri percuma dan sukacita dimaklumkan kerajaan negeri bersetuju menyambung pembiayaan tambang feri selama setahun lagi. 

“Penumpang hanya perlu membawa MyKad dan perlu tap di peranti pengimbas MyKad yang disediakan oleh Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) untuk mendapatkan tiket percuma sebelum menaiki feri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Zairil, dengan pembiayaan tambang oleh kerajaan negeri, penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia dapat menikmati perkhidmatan feri secara percuma setiap hari dan setiap masa. 

“Digandingkan pula dengan program Pas Mutiara bagi perkhidmatan Rapid Penang, ia sekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang mana keseluruhan jaringan pengangkutan awam sama ada melalui air atau darat adalah percuma,” katanya. 

Dalam pada itu tambah beliau, pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM78,000 sebulan dengan jumlah tiket sebanyak 65,000 sebulan. 

“Jumlah keseluruhan peruntukan adalah dianggarkan RM936,000 bagi tahun 2022,” katanya. 

Tambah beliau, kerajaan negeri berharap pembiayaan tambang feri pada saat-saat kritikal ini dapat membantu mengurangkan bebanan kos perjalanan rakyat yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya