Bot karam: Mangsa lemas meningkat 20 orang - Utusan Malaysia

Bot karam: Mangsa lemas meningkat 20 orang

SIMON Templer Lo Ak Tusa (kiri) memberi taklimat kepada pihak berkuasa yang terlibat dalam misi pencarian mangsa bot karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi di Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Bilangan mangsa yang terkorban dalam tragedi bot karam di perairan Tanjung Balau, di sini meningkat kepada 20 orang susulan penemuan satu lagi mayat dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI), hari ini.

Dalam operasi pencarian yang memasuki hari ketiga, mayat lelaki lengkap berpakaian itu ditemukan nelayan pada pukul 9.50 pagi di perairan Tanjung Punggai, di sini.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, anggota menyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja mendapat maklumat berkenaan.

“Mayat masih dalam proses kenal pasti, namun kita percaya ia mangsa bot karam kerana lokasi ditemukan tidak jauh dari lokasi kejadian iaitu kira-kira lima batu nautika dari lokasi bot berkenaan dipercayai karam,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. – UTUISAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya