Bot karam: 14 PATI negatif, dua lagi mayat ditemukan - Utusan Malaysia

Bot karam: 14 PATI negatif, dua lagi mayat ditemukan

MAYAT dua lagi PATI lelaki yang menjadi mangsa bot karam ditemukan di Tanjung Balau, Kota Tinggi di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terselamat dalam insiden bot karam di perairan Tanjung Balau, dekat sini semalam, disahkan negatif Covid-19.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, keputusan itu hasil saringan yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) Sungai Rengit, semalam.

“Keputusan ujian saringan Covid-19 terhadap 14 mangsa yang selamat adalah negatif.

“Justeru, difahamkan kesemua mereka yang sebelum ini ditahan di Pos Tanjung Sepang  diserahkan kepada Jabatan Imigresen,” katanya di sini, hari ini.

Kesemua mangsa yang terselamat terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita yang berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 50 tahun.

Sementara itu, dua lagi mayat mangsa dijumpai menjadikan jumlah terkini mereka yang terkorban dalam insiden itu seramai 18 orang.

Simon berkata, kedua-dua mayat berkenaan adalah lelaki yang dijumpai pada pukul 10 pagi tadi.

“Mayat pertama ditemukan pada jarak 100 meter dari pangkalan hadapan carilamat (PHC), manakala mayat kedua ditemui 280 meter dari PHC,” katanya.

Katanya penemuan dua mayat itu sekali gus menjadikan jumlah mayat yang berjaya dijumpai pada pagi ini seramai tujuh orang termasuk lima yang ditemukan awal pagi ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya