Bomba Terengganu guna empat dron pantau banjir - Utusan Malaysia

Bomba Terengganu guna empat dron pantau banjir

MD. Hilman Abd. Rashid (kiri) melihat dron yang digunakan bagi memantau situasi banjir di Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menggunakan empat unit dron bagi memantau bencana banjir di seluruh negeri, bermula hari ini.

Pengarahnya, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, penggunaan teknologi itu memudahkan urusan bomba mengenal pasti kawasan yang berisiko dinaiki air di samping membantu mendapatkan maklumat berkaitan banjir.

Katanya, dua daripada dron berkenaan dimiliki JBPM negeri dan Akademi Bomba Wakaf Tapai manakala bakinya dipinjam daripada JBPM Melaka dan Kedah.

“Dron ini mampu meninjau di sekitar radius 10 kilometer dan dapat merakam imej pada waktu malam sekali gus membantu pasukan penyelamat melakukan operasi pada waktu malam,” katanya kepada pemberita ketika memantau situasi banjir di Dungun, hari ini.

Md. Hilman berkata, selain Dungun dan Kemaman, kemudahan dron turut digunakan di daerah berisiko banjir lain termasuk Besut.

Dalam perkembangan lain, beliau memuji sikap penduduk di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukur di sini atas inisiatif berpindah lebih awal susulan banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu.

Katanya, daripada lebih 300 mangsa banjir yang menetap di pusat pemindahan sementara (PPS), hanya 31 sahaja yang dipindahkan oleh polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) manakala baki yang lain berpindah tanpa bantuan pasukan penyelamat ketika air masih belum naik.

“Tahniah kepada penduduk di dua kampung itu kerana bersedia berpindah sendiri susulan hujan lebat tanpa menunggu pasukan penyelamat tiba atau sehingga rumah banjir, sekali gus dapat mengelak sebarang tragedi buruk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya