Bomba selamatkan dua keluarga mangsa banjir - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan dua keluarga mangsa banjir

PASUKAN penyelamat menyelamat sebuah keluarga selepas rumah didiaminya dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang tadi di Kuala Langat, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Dua keluarga berjaya diselamatkan bomba selepas kediaman mereka dilanda banjir dalam kejadian berasingan di sekitar daerah ini malam tadi.

Kesemua mangsa terdiri daripada lapan individu termasuk empat kanak-kanak di Jalan Nangka, Banting dan Taman Dato’ Hormat, Telok Panglima Garang di sini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 8.30 malam yang melibatkan lima sekeluarga.

Katanya, sepasukan bomba bergegas ke rumah mangsa yang dinaiki air setinggi satu meter di Jalan Nangka.

“Kesemua mangsa terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia 60-an dan empat kanak-kanak berusia empat dan lima tahun.

“Mereka kemudian berjaya dibawa ke tempat selamat dan akan dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas Norazam, pihaknya turut menerima panggilan kecemasan melibatkan banjir di Taman Dato’ Hormat pada pukul 9.10 malam.

“Pemeriksaan mendapati rumah tiga sekeluarga turut dinaiki air setinggi satu meter.

“Kesemua mangsa iaitu dua wanita dan seorang lelaki berusia 50-an berjaya diselamatkan bomba.

“Mereka kemudian dibawa ke PPS Dewan Telok Panglima Garang,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya sedang menjalankan pemantauan menyeluruh dan mengesan sekiranya ada mangsa banjir lain di daerah ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya