KUANTAN: Gara-gara jari terlekat pada sudip ketika sedang asyik memasak, pasukan penyelamat terpaksa dipanggil bagi membantu memotong perkakas dapur itu yang terlekat pada jari kelingking seorang wanita, petang tadi.
Berdasarkan perkongsian di laman sosial Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM) negeri, kejadian berlaku di Kampung Pak Mahat, dekat Tanjung Lumpur, di sini.
Seramai empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dikejarkan ke kediaman wanita terbabit dan berjaya memotong sudip berkenaan.
Wanita terbabit terpaksa menanggung kesakitan sementara pasukan perubatan memberi rawatan lanjut.