Boleh dapatkan dokumen penting nikah percuma - Idris - Utusan Malaysia

Boleh dapatkan dokumen penting nikah percuma – Idris

IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mangsa-mangsa banjir yang mendaftarkan pernikahan di Wilayah Persekutuan boleh memohon semula mendapatkan dokumen penting yang hilang atau rosak kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) secara percuma.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, susulan banjir yang melanda, pihaknya meminta Jawi  membantu dan ia diberikan secara percuma.

“Begitu juga dokumen Sijil Kursus Praperkahwinan kepada bakal pengantin yang dianjurkan Jawi di Wilayah Persekutuan, mangsa banjir boleh memohon semula sijil berkenaan secara percuma.

“Bagi mangsa banjir di kalangan graduan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga boleh memohon semula sijil atau diploma pengajian yang musnah akibat musibah banjir.

“Permohonan untuk mendapatkan semula dokumen ini tidak perlu secara tergesa-gesa dan boleh berurusan terus dengan agensi Jakim dan Jawi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idris, keputusan dibuat itu adalah usaha agensi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk membantu meringankan beban mangsa banjir.

Marilah sama-sama kita terus mendoakan agar mangsa banjir dan seluruh keluarga, anggota keselamatan, petugas barisan hadapan, sukarelawan dan semua pihak diberikan keselamatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang melaksanakan misi bantuan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya