BN tidak tanding PRN Sarawak, sokong penuh GPS - Utusan Malaysia

BN tidak tanding PRN Sarawak, sokong penuh GPS

Mohamad Hasan (tengah) bersama (dari kiri) Ahmad Shabery Cheek, Ahmad Maslan, Khaled Nordin dan Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang menghadiri sidang akhbar khas berhubung pendirian BN dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak di Hotel Hilton Kuching,pagi ini. -UTUSAN MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Buat pertama kali dalam sejarah, Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali Ini.

Sebaliknya, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya membuat keputusan untuk memberi sokongan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, sokongan itu diberikan kepada GPS kerana mereka mempunyai hubungan yang baik dengan BN.

“Kami datang membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memberitahu bahawa untuk pertama kalinya BN tidak akan menyertai PRN Sarawak dan memberikan sokongan moral kepada GPS.

“Jadi, tidak akan ada logo BN di Sarawak dan kami tidak benarkan mana-mana calon menggunakan lambang kami (dacing). Kalau ada yang gunakan logo BN, kami akan bawa perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang akhbar khas di sini pagi.

Hadir sama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan dua Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya