Bimbang nasib anak tiada status kewarganegaraan - Utusan Malaysia

Bimbang nasib anak tiada status kewarganegaraan

RIZA SYUHADA Sulaiman resah mengenangkan masa Keisha Zahra Kurshid Ahmed setelah permohonan status kewarganegaraan kanak-kanak itu sehingga kini masih tergantung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seorang wanita diselubungi kebimbangan terhadap nasib anak perempuannya yang berusia enam tahun berikutan status kewarganegaraan kanak-kanak itu sehingga kini masih tergantung.

Riza Syuhada Sulaiman, 33, yang juga ibu tunggal kepada Keisha Zahra Kurshid Ahmed kini dalam dilema mengenangkan keadaan anaknya yang bakal memulakan sesi persekolahan tahun satu.

Wanita tersebut memberitahu, dia mengambil keputusan pulang ke tanah air dari Adelaide, Australia bersama anak tunggalnya itu sebaik sahaja berpisah dengan bekas suaminya yang juga warganegara asing pada Disember 2019.

“Kami bersetuju memulakan kehidupan baharu di negara masing-masing sementara bekas suami kini masih menetap di negara berkenaan.

“Apa yang meresahkan saya adalah status kewarganegaraan anak yang masih tergantung setelah permohonan pendaftaran warganegara Malaysia dibuat pada 24 Disember 2019.

“Tahun depan, anak bakal memulakan sesi persekolahan tahun satu. Melihat keadaan ini, dia (anak) terpaksa mendapat pendidikan di sekolah swasta berbanding di sekolah kerajaan dan saya amat bimbang dengan masa depannya yang masih tiada status kewarganegaraan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dalam pada itu, Riza Syuhada yang juga pekerja swasta merayu pihak berkaitan membantunya mempercepat permohonan status warganegara Malaysia untuk anaknya demi melancarkan urusan persekolahan.

Katanya, kepulangannya ke negara ini berikutan hilang punca pendapatan selepas berpisah dengan bekas suami yang ketika itu bekerja sebagai pengutip buah di ladang.

“Semuanya demi anak. Saya tidak mahu anak tanggung penderitaan disebabkan perkara ini termasuk proses sijil beranak dan bantuan kebajikan turut tergendala,” tambahnya yang bekerja sampingan sebagai peniaga belangkas di Teluk Kumbar, dekat sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya