"Bertenang, itu kan hanya lakonan" - Iman Zulkarnain - Utusan Malaysia

“Bertenang, itu kan hanya lakonan” – Iman Zulkarnain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Iman Zulkarnain menasihatkan kepada pendatang baharu, Danish Iskandar agar bertenang dan tidak melatah berhubung isu penglibatannya dalam drama pendek yang ditayangkan di aplikasi mencari pasangan golongan homoseksual yang tular baru-baru ini.

Kata Iman, sebagai pelakon, Danish perlu faham tugasnya untuk berlakon waima diberi watak apa sekalipun.

“Kepada Danish Iskandar. Kata nak jadi pelakon. Jadi berlakon sahajalah.

“Watak ‘kunyit’ ke, apa ke, kalau anda bagus, anda tahu apa yang anda lakukan.

“Bertenang, hanya lakonan, tak perlu nak terkejut ke, marah ke apa,” tulisnya di Instagram.

Danish bersama dua pendatang baharu, Rees Ayman dan Hardy Saiful dikecam hebat selepas dikenal pasti terlibat dalam sebuah drama pendek, Stay Away From Me yang ditayangkan di sebuah aplikasi.

Dia yang mendakwa menjadi mangsa keadaan tampil memohon maaf dan merancang untuk mengambil tindakan terhadap syarikat produksi drama berkenaan.

Dalam pada itu, Iman mendedahkan dia juga pernah memainkan watak seorang homoseksual menerusi drama pendek Merpati Putih Tak Pernah Ingkar Janji.

Dia yang menegaskan dirinya seorang lelaki normal menganggap tindakan melakonkan watak homoseksual bukan isu yang perlu diperbesarkan.

“Tak ada isu pun. Siap menang anugerah lagi. Bertenang dik.

“Kepada netizen, sebelum kecam saya, sila hadam isi di sebalik karya ini. Sumpah saya straight (lelaki normal),” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya