Bersatu lancar Tabung Bantuan banjir 2021 - Utusan Malaysia

Bersatu lancar Tabung Bantuan banjir 2021

MUHYIDDIN Yassin beramah mesra bersama Dominic Lau Hoe Chai (kiri) dan Takiyuddin Hassan (dua kiri) selepas berucap pada ucapan dasar hari ke-2 Perhimpunan Agung Tahunan Kali yang ke-4 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di MITEC. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melancarkan Tabung Bantuan Banjir 2021 untuk membantu mangsa banjir yang terkesan di seluruh negara.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya melahirkan rasa dukacita di atas bencana banjir yang sedang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan beberapa buah negeri ditenggelami air dan memerlukan bantuan segera.

Bagaimanapun katanya, Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang diadakan pada hari ini diteruskan kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Parti dan Akta Pertubuhan 1966.

“Namun, sebaik sahaja selesai perhimpunan ini, saya arahkan jentera parti untuk turun ke kawasan-kawasan yang terjejas untuk membantu mangsa banjir.

“Oleh sebab itu saya juga bersetuju atas saranan ahli-ahli majlis pimpinan tertinggi supaya bersatu hari ini melancarkan Tabung Bantuan Banjir 2021 dengan dana permulaan sebanyak RM1 juta untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

“Sumbanglah apa yang terdaya supaya kita dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir di kalangan rakyat kita ini. Saya berdoa mudah-mudahan kita semua selamat daripada musibah banjir yang sedang melanda negara kita ini,” katanya dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Presiden SAPP, Edward Dagul serta Setiausaha Agung Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Edward Linggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya