Beri kenderaan bawa VIP lalu atas faktor keselamatan - Polis - Utusan Malaysia

Beri kenderaan bawa VIP lalu atas faktor keselamatan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Faktor keselamatan menjadi sebab polis membenarkan kenderaan konvoi yang membawa Perdana Menteri jalan terlebih dahulu di Taman Sri Nanding, Hulu Langat semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Superitenden Azman Shari’at berkata, konvoi itu tiba dahulu di persimpangan jalan dan hampir dengan sebuah pacuan empat roda milik Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) serta ambulans berkenaan.

“Semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan untuk memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti membawa pesakit.

“Anggota bertugas di persimpangan berkenaan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan dua kenderaan tersebut dalam tempoh singkat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah ambulans berhenti bagi memberi laluan kepada kenderaan yang dipercayai membawa menteri.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan yang dibuat kenderaan itu dengan majoriti netizen mengatakan kenderaan itu sepatutnya membenarkan ambulans itu jalan dahulu.

Mengulas lanjut berhubung insiden itu, Azman menyatakan kemalangan boleh berlaku sekiranya pihaknya membenarkan van ambulans itu jalan dahulu di simpang tersebut.

“Oleh demikian, konvoi yang berada di jalan utama telah diberikan keutamaan laluan bagi mengelak kemalangan.

“Sebaik sahaja konvoi melepasi persimpangan tersebut, anggota polis telah mengambil langkah segera bagi memberi keutamaan jalan kepada ambulans dan pacuan itu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya