Bentuk geografi Sarawak sukarkan pergerakan MCW - Utusan Malaysia

Bentuk geografi Sarawak sukarkan pergerakan MCW

JAIS ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Penglibatan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak amat memuaskan cuma disebabkan bentuk geografi Sarawak agak mencabar sedikit menyukarkan pergerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut secara menyeluruh.

Menurut Presiden MCW, Jais Abdul Karim, sehubungan dengan itu pemerhatian MCW pada PRN Sarawak hanya tertumpu kepada kawasan panas sahaja.

“Ini kerana jumlah ahli MCW di Sarawak sendiri adalah amat terhad untuk kita menghantar pasukan yang besar.

“Hanya lapan orang ahli Seumur Hidup MCW yang tinggal di Sarawak dengan penuh komited telah mengikuti latihan pemerhati dan bertugas kali ini untuk PRN Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Jais lagi, ahli-ahlinya tidak termasuk Pemerhati Pilihanraya NGO lain seramai hampir 50 orang.

Mengulas mengenai modus operandi di lokasi yang terlibat dengan kempen PRN beliau berkata, ahli MCW yang bertugas sebagai pemerhati PRN tersebut bergerak mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing seperti yang telah diamanahkan dan ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Tugasan dilaksanakan mengikut skop tugas yg diberikan oleh SPR dan sentiasa memantau bermula dari hari penamaan calon dan sepanjang tempoh kempen.

“Setakat ini, banyak teguran telah dimaklumkan kepada pihak SPR mengenai pacakan bendera dan banner yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,”katanya.

Katanya lagi, pendekatan yang sama di PRN Melaka sedang diguna pakai berdasarkan arahan SPR untuk pemerhatian di PRN Sarawak.

Beliau menambah, hanya kekangan geografi Sarawak yang tidak sama seperti Melaka menyebabkan pergerakan agak terbatas.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya