Bekas polis bantuan bebas tuduhan merogol - Utusan Malaysia

Bekas polis bantuan bebas tuduhan merogol

MOHAMAD Abdul Hafiz Abdul Kadir (kanan) bersama peguamnya, Mathan Anandaram di Mahkamah Sesyen Segamat di Johor. - UTUSAN/MASTURAH SURADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang bekas anggota polis bantuan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini daripada tuduhan merogol remaja 15 tahun, empat tahun lalu.

Mohamad Abdul Hafiz Abdul Kadir, 31, yang kelihatan tergamam melahirkan rasa lega dan bersyukur dengan keputusan tersebut.

Hakim Norina Zainol Abidin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Perintah itu dibuat bagi tertuduh ketika kes dikemukakan untuk keputusan pada akhir peringkat pendakwaan.

Mohamad Abdul Hafiz dituduh merogol remaja perempuan yang berusia 15 tahun ketika kejadian di Segamat antara pukul 8 hingga 9.30 malam pada Mac 2017.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Sembilan saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan yang bermula sejak Julai 2020.

Mahkamah memerintahkan jumlah ikat jamin sebanyak RM10,000 dibayar semula kepada tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman menjalankan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam, Mathan Anandaram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya