Bekas MB Johor, Osman Sapian meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas MB Johor, Osman Sapian meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia di ibu negara pada pukul 11.45 malam tadi.

Osman, 70, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Damansara.

Bekas Menteri Besar ke-16 itu sebelum ini menerima serangan angin ahmar pada pertengahan Oktober lalu ketika berada di kediamannya.

Pada awal November lalu, keadaan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ayer Hitam itu dilaporkan stabil, namun masih belum pulih sepenuhnya.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke Johor untuk urusan pengebumian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya