Bekas calon PKR Parlimen Pekan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas calon PKR Parlimen Pekan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas calon PKR Parlimen Pekan, Fariz Musa yang pernah menentang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Pilihan Raya Umum 2013 dilaporkan meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu kira-kira pukul 12.20 pagi hari ini.

Berita tersebut dimaklumkan Timbalan Koordinator Jingga 13 Malaysia, Mikhael Iskhandaar dalam Facebook Fariz pada hari ini.

Menurut Mikhael lagi, Allahyarham dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan ditidurkan kerana dikatakan mengalami gejala Covid-19.

“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Darat Pak Chan, Marang, Terengganu,” katanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin PKR antaranya Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli merakamkan ucapan takziah di atas berita pemergian Allahyarham.

Fariz yang merupakan Kordinator Jingga 13 Malaysia adalah penggerak awal Parti Keadilan Nasional sewaktu penubuhan pada sekitar 90-an.

Sepanjang penglibatan dalam PKR, Allahyarham pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat Pusat di samping Ketua Setiausaha Pengelola PKR.

Malah Allahyarham pernah mewakili PKR untuk melawan Najib di Parlimen Pekan sewaktu PRU 2013.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya