Bekas ADUN Warisan bertemu pemimpin STAR - Utusan Malaysia

Bekas ADUN Warisan bertemu pemimpin STAR

JEFFREY Kitingan (dua kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang kakitangan semasa Majlis Apresiasi Kementerian Pertanian dan Perikanan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Teka-teki mengenai hala tuju politik bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warian), Datuk Peter Anthony bakal terjawab tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu dijangka mengadakan pertemuan bersama pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) hari ini.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, beliau akan bertemu dengan dua bekas ADUN Warisan bagi mengajak mereka menyertai STAR.

“Ada pihak ketiga menghubungi saya untuk membawa dua bekas ADUN Warisan bertemu saya. Mungkin saya akan berjumpa mereka petang ini.

“Saya berharap mereka akan menyertai STAR,” katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Kementerian Pertanian dan Perikanan 2020-2021, hari ini.

Dua bekas ADUN Warisan itu adalah Peter dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim yang mengumumkan keluar daripada Warisan, kelmarin.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, hasrat Peter ingin menubuhkan sebuah parti baharu tidak akan menyebabkan undi masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) berpecah kerana parti itu mesra kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Maka penubuhan parti baharu itu tidak akan menjejaskan kesatuan di Sabah.

Walau bagaimanapun, beliau berharap ADUN Melalap itu tidak akan meneruskan hasrat menubuhkan parti baharu kerana di Sabah sudah terlalu banyak parti politik.

“Saya harap dia (Peter) tidak akan menubuhkan parti kerana itu jauh lebih baik. Kalau boleh gunakan parti-parti yang sedia ada,” katanya.

Semalam, Jeffrey secara terbuka menyatakan kesediaan STAR menerima dua bekas ADUN Warisan itu menyertai STAR.

Katanya, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini juga menunjukkan rakyat Borneo mula menolak parti berasal dari Semenanjung maka, sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah bekerjasama dan bersatu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya