Beberapa laluan utama di KLK masih ditutup, kerja pembersihan - ANIH - Utusan Malaysia

Beberapa laluan utama di KLK masih ditutup, kerja pembersihan – ANIH

SEBATANG laluan di Lebuh Raya Karak ke Kuala Lumpur masih ditenggelami banjir dan ditutup kepada semua kenderaan berdekatan Bentong, Pahang. - GAMBAR IHSAN ANIH BERHAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad masih menutup beberapa laluan ke arah Timur dan Kuala Lumpur berdekatan Bentong, Karak dan Temerloh berikutan banjir belum surut, pukul 7.30 pagi ini.

Pengurus Besar Kanan Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, laluan yang masih ditutup, Kilometer (KM) 62.5, KM75 (laluan ke Karak dan Bentong Timur) di samping kerja pembersihan lumpur dan serpihan kayu dan batu di laluan berkenaan sedang dijalankan.

“Antara laluan tempat lain di KLK masih ditutup kepada semua kenderaan, iaitu di KM 74.4 (hala ke Kuala Lumpur), KM71 (kedua-dua hala masih ditenggelami air), laluan menghala ke Kuala Lumpur di KM69.5, KM67.8, KM66.4 hingga KM66.1 ditutup akibat akibat gangguan serpihan kayu dan batu yang kini dalam kerja pembersihan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Radzimah, bagi laluan Karak ke Temerloh masih ditutup kedua-dua hala di KM 76 – KM 126 manakala Lanchang ke Temerloh di KM 114.8, KM 113 dan KM 84.6 masih dalam situasi air menaik di kedua-dua buah lorong.

“Laluan menghala ke Kuala Lumpur di KM 74.9 banjir mulai surut tetapi terdapat lubang besar di lorong kiri dan laluan kontra akan dibuka, manakala laluan di KM 124 berdekatan Temerloh masih dalam keadaan waspada berikutan kenaikan air 10 meter dari jalan,” katanya.

Radzimah berkata, air mulai surut di laluan di KM 198 dari Sri Jaya ke Gambang dan sudah dibuka untuk dilalu kenderaan di kedua-dua arah.

Katanya, kerja membaikpulih laluan, pembersihan lumpur dan serpihan di laluan yang sudah surut sedang dilakukan bagi membolehkan pengguna dapat ke destinasi masing-masing selepas air surut dengan selamat.

Jelasnya, pengguna boleh mengikuti laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya