Beberapa laluan Lebuh Raya Karak - Kuala Lumpur masih dilimpahi air, kerja pembersihan giat dijalankan - Utusan Malaysia

Beberapa laluan Lebuh Raya Karak – Kuala Lumpur masih dilimpahi air, kerja pembersihan giat dijalankan

PENGGUNA jalan raya masih terkandas di Tol Lanchang berikutan laluan LPT ke Temerloh masih ditutup akibat banjir - FOTO IHSAN PENGGUNA LPT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad masih menutup beberapa laluan di KLK berdekatan Bentong, Karak dan Temerloh berikutan banjir dan kerja pembersihan sehingga pukul 1.30 petang ini.

Pengurus Besar Kanan Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, lokasi yang masih ditutup kerana dilimpahi air dan kerja pembersihan serpihan kayu dan batu berdekatan Temerloh menghala ke Kuala Lumpur, iaitu di kilometer (KM) 121, KM 74.4, KM 71, KM 69.5, KM 67.8 dan KM 66.4 hingga KM 66.1.

“Laluan di KM 198 dari Sri Jaya ke Gambang) boleh dilalui kenderaan kedua-dua arah dan pengguna kedua arah berkenaan diminta berhati-hati kerana struktur permukaan jalan masih licin.

“Bagaimanapun laluan dari Lanchang ke Temerloh masih berlaku trend air menaik perlahan, iaitu di KM 114.8 dan boleh dilalui oleh semua kenderaan termasuk di KM 113, juga mengalami banjir di kedua arah lorong, KM 116.1 masih banjir juga melibatkan lorong perlahan dan laju,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Radzimah, banjir masih berlaku di kawasan lorong kedua-dua arah Lanchang ke Karak di KM 84.6, KM 112.2 dan didapati trend air menaik.

Katanya, kejadian lubang dalam (sinkhole) berlaku di KM74.9 lorong kiri menghala ke Kuala Lumpur selepas air surut dan laluan Karak ke Temerloh masih ditutup bagi kedua-dua hala di KM76 hingga KM126.

Jelasnya, pihak pengurusan ANIH Berhad dan petugas lapangan sedang memantau situasi banjir di LPT 1 di samping sedang giat menjalankan kerja pembersihan serpihan batu dan kayu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya