Bayaran bantuan mangsa banjir disegerakan - Nadma

Bayaran bantuan mangsa banjir disegerakan – Nadma

AMINUDDIN Hasim dalam sidang akhbar perkembangan bencana banjir terkini di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bayaran Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir di seluruh negara akan disegerakan bagi meringankan beban mereka untuk melalui proses paca bencana itu bermula.

Malah, permohonan tersebut akan dipermudahkan tanpa mengira kedudukan mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ataupun tidak.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr. Aminuddin Hassim memberitahu, selain kemudahan berkenaan, Kerajaan Persekutuan juga akan memberikan RM5,000 bagi bantuan pengurusan kepada mangsa yang kehilangan ahli keluarga akibat banjir.

Beliau menjelaskan, permohonan kepada bantuan berkenaan boleh melalui PPS berdafrar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mereka yang tinggal di sana.

“Sementara mangsa tidak berpindah pula boleh memohon kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ataupun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ataupun ketua kampung ataupun penghulu di tempat masing-masing.

“Maksudnya di sini kita faham kalau tidak mempunyai kad pengenalan, kalau tak ada susah untuk mendaftar di mana-mana memadai sekadar mereka merujuk kepada mana-mana kepada ketua komuniti atau penghulu,” katanya alam sidang akhbar di Pusat Kawalan Bencana di Taman Sri Muda, Shah Alam, di sini hari ini.

Dalam pada itu, belia Aminuddin turut memaklumkan proses kelulusan permohonan akan dipercepatkan dengan menyalurkan peruntukan berkenaan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) mulai esok.

“Sebentar tadi saya mempengerusikan mesyuarat dengan jawatankuasa pengurusan negeri dan kita berbincang cara hendak memudahkan proses ini. Kita akan dapatkan perincian dan cuba mengawalkan penyaluran sebaik mungkin pada esok dan seterusnya.

“Sejajar dengan arahan Perdana Menteri untuk menyegerakan pengagihan, kerajaan negeri sebagai JBPN dimohon untuk berbuat demikian juga. Kalau kita di peringkat Persekutuan telah mempercepatkan proses ini, kita harap JPBN tolonglah memudahkan proses ini,” jelasnya.

Beliau menambah, Nadma sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri melalui JPBN dengan mengemaskini data mangsa yang terjejas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya