Bas percuma dari pusat penempatan sementara ke rumah - MBSA - Utusan Malaysia

Bas percuma dari pusat penempatan sementara ke rumah – MBSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa pulang mangsa banjir ke kediaman masing-masing dari pusat penempatan sementara (PPS).

MBSA menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, mangsa hanya dibenarkan balik setelah kawasan rumah mereka disahkan selamat.

Perkhidmatan percuma itu melibatkan lima PPS iaitu Dewan Kenanga Seksyen 28, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Seksyen 19, Politeknik Shah Alam, Masjid Negeri dan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2 Seksyen 28.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Pantas MBSA di talian 03-5510 5811 atau media sosial MBSA di Twitter, Instagram dan Facebook.

Selain bas, MBSA turut mengagihkan bekalan makanan dan barangan asas kepada mangsa banjir yang terkesan di sekitar Shah Alam.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya