Bapa tiga anak bebas dakwaan bunuh pengawal keselamatan - Utusan Malaysia

Bapa tiga anak bebas dakwaan bunuh pengawal keselamatan

M. S. Muthusamy (dua dari kanan) dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang pengawal keselamatan pada Disember 2017 di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bapa kepada tiga orang anak dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan dalam kejadian di Pasir Gudang, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan tersebut terhadap M.S. Muthusamy, 58, yang berdepan pertuduhan menyebabkan kematian Ramli Jusoh, 54.

Muthusamy didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kilang di Jalan Timah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang antara pukul 9 pagi hingga 10 pagi pada 16 Disember 2017.

Atas perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati sekiranya disabitkan bersalah.

Dalam penghakimannya, Hakim Abu Bakar berkata, mahkamah telah melihat dengan teliti bukti dipersembahkan sepanjang prosiding kes berkenaan.

Hujah Hakim Abu Bakar, pendakwaan bergantung kepada bukti persekitaran di mana tertuduh merupakan individu terakhir yang dilihat bersama si mati.

“Bagaimanapun, mahkamah telah mempertingkatkan tempoh sepanjang 13 jam sebelum Ramli ditemui mati sebagai tempoh masa terlalu lama untuk mengaitkan tertuduh dengan jenayah berkenaan.

“Pertemuan asid deoksiribonukleik (DNA) yang tidak dikenali di atas dua batang kayu yang mungkin digunakan sebagai senjata turut mempengaruhi keputusan mahkamah.

“Melihat kepada bukti secara keseluruhannya, pendakwaan dilihat gagal membuktikan kes prima facie bahawa tertuduh yang menyebabkan kecederaan sehingga mangsa maut,” hujahnya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Daud Ismail dan Hang Lee Ying.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya