Bantuan Selangor Bangkit mula diagih Rabu ini - Utusan Malaysia

Bantuan Selangor Bangkit mula diagih Rabu ini

AMIRUDIN Shari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mula mengagihkan bantuan kewangan kepada lebih 9,000 mangsa banjir di negeri mulai Rabu ini menerusi program Selangor Bangkit. 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan kewangan berjumlah RM1,000 kepada keluarga mangsa dan RM10,000 kepada ahli keluarga mangsa banjir yang meninggal dunia diberikan seperti yang beliau umumkan minggu lalu. 

“Mangsa banjir masih lagi boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan itu secara dalam talian atau mengisi borang permohonan yang diletakkan di pusat pemindahan sementara (PPS). 

“Kita juga mewujudkan pusat sehenti (one-stop centre) di setiap PPS bagi mangsa banjir untuk membuat permohonan bantuan ini kepada kerajaan negeri,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya