Bantu sektor SME teroka pasaran Singapura, China - Utusan Malaysia

Bantu sektor SME teroka pasaran Singapura, China

PERSIDANGAN Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Johor)-China-Singapura 2021 yang diadakan di Kota Iskandar, Iskandar Puteri di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan membantu membuka jalan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) negeri ini untuk meneroka peluang perniagaan baharu di peringkat antarabangsa khususnya di Singapura dan China.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Chong Fat Full berkata, inisiatif itu menjadi lebih penting buat sektor berkenaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

“Kerajaan negeri baharu sahaja menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan tempatan di bandar Puyang, China. Kita jangka ada lebih banyak perbincangan dan peluang perniagaan yang terjalin melalui MoU ini. Bandar yang terletak di daerah Henan itu mempunyai populasi tiga kali ganda Malaysia, jadi kita melihat potensi besar yang dapat dimanfaatkan SME negeri ini jika dapat memasuki pasaran berkenaan.

“Kami percaya inisiatif ini akan menjadikannya bandar berkenaan sebagai satu tumpuan baharu bagi SME tempatan, begitu juga sebaliknya,” katanya selepas mempengerusikan Persidangan Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Johor)-China-Singapura 2021 di Kota Iskandar, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya