Banjir: TMJ minta maklumat disalurkan kepada rakyat sepanjang masa - Utusan Malaysia

Banjir: TMJ minta maklumat disalurkan kepada rakyat sepanjang masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Agensi kerajaan negeri di Johor diminta memastikan kesemua jentera dan kelengkapan berada pada tahap siap siaga dan bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, baginda telah menerima laporan ramalan cuaca dan status paras air di beberapa sungai di negeri ini.

“Saya telah menitahkan semua pegawai daerah dan agensi di Johor untuk memastikan semua jentera, peralatan dan persiapan rapi dibuat serta bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.

“Semua agensi kerajaan hendaklah sentiasa memantau situasi terkini sepanjang masa untuk memastikan Johor bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” titah Tunku Ismail dalam laman Facebook rasmi baginda, hari ini.

Terdahulu, enam negeri terjejas akibat banjir ekoran fenomena Lekukan Tropika yang menyebabkan taburan hujan tinggi di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut bertitah agar agensi berkaitan memaklumkan kepada rakyat maklumat semasa dengan segera jika berlaku sebarang perkara.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan perubahan cuaca yang boleh menyebabkan banjir ketika musim tengkujuh.

Beliau berkata, situasi banjir yang berlaku khususnya di Selangor seharusnya dijadikan peringatan buat semua khususnya yang berada di lokasi jarang berlaku bencana alam itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya