Banjir: Tiada yang sengaja buang barangan rosak, pakaian lusuh - NGO - Utusan Malaysia

Banjir: Tiada yang sengaja buang barangan rosak, pakaian lusuh – NGO

MOHD. Shahril Anuar (kanan) bersama rakannya membawa masuk barangan keperluan ke dalam lori untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa terjejas banjir di beberapa kawasan. - UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: “Tiada yang cuba ambil kesempatan untuk buang pakaian rosak dan  lusuh. Semuanya masih elok dan boleh digunakan”

Demikian ujar Mohd. Shahril Anuar, 36, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ikatan Amal Muafakat Malaysia (PIAMM) yang mengambil inisiatif mengumpul barangan bantuan daripada orang ramai untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

Menurutnya, sejak dimulakan Isnin lalu, sumbangan yang diterima pihaknya daripada orang ramai terutama dari daerah ini sangat menggalakkan dan ia juga telah dihantar untuk diserahkan kepada mangsa bencana banjir di Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.

“Sejak bermula pengumpulan, semua barangan dan pakaian yang kami terima masih elok untuk dipakai dan digunakan malah ada yang masih baharu.

“Kami telah susun dan asingkan dan daripada situ kami lihat tiada pihak yang cuba ambil kesempatan dengan menyerahkan pakaian buruk atau lusuh. Mungkin ada beberapa dan saya rasa perkara itu tidak dapat dielakkan tetapi kebanyakan yang kami terima adalah sumbangan yang amat baik dan boleh digunakan. 

“Secara peribadi saya bangga dan berterima kasih dengan semua yang telah memberikan sumbangan,” katanya yang ditemui pemberita di pusat pengumpulan barangan untuk mangsa banjir di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Mohd. Shahril, sejak proses pengumpulan dimulakan pada Isnin lalu, pihaknya tidak putus-putus menerima pelbagai sumbangan daripada orang ramai.

“Banyak yang membantu memberikan sumbangan berbentuk makanan kering, minuman, dan barangan kebersihan. Namun ketika ini antara barangan yang sangat diperlukan adalah seperti toto, bantal dan tilam.

“Menerusi kerjasama ramai sukarelawan termasuk pemandu-pemandu lori yang turut sama membantu, barangan-barangan yang diterima sebelum ini telahpun diagihkan di kawasan yang terjejas seperti Shah Alam, Jelebu, Linggi, Seremban dan selepas ini akan tertumpu di Pahang pula,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya