Banjir: Tiada ban pecah di Taman Sri Muda - Utusan Malaysia

Banjir: Tiada ban pecah di Taman Sri Muda

IZHAM Hashim dalam sidang akhbar di hadapan Pintu Air Taman Sri Muda selepas meninjau keadaan pintu dan aliran air di Seksyen 25, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menafikan dakwaan banjir teruk di Taman Sri Muda di sini, berpunca akibat ban pecah dan pembinaan sebuah projek perumahan berdekatan pintu air kawasan berkenaan.

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim menegaskan, tiada sebarang ban pecah dikesan di taman itu kecuali limpahan air akibat hujan lebat.

Katanya, fenomena banjir kali ini dianggap luar biasa kerana menerima taburan hujan amat tinggi sehingga 400 milimeter (mm).

“Keadaan itu mengakibatkan air melimpah sehingga banjir teruk kerana kawasan Selangor biasanya hanya menerima hujan antara 80 hingga 100mm.   usteru, tiada ban pecah seperti yang didakwa malah kita akan menaik taraf lagi ban sedia ada di kawasan pintu air tersebut,” katanya selepas meninjau Pintu Air Taman Sri Muda di sini, petang tadi.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor, Datuk Nazilah Idris mempersoal  isu pembinaan sebuah projek perumahan baharu berdekatan kunci air tersebut.

 Pembinaan itu didakwa beliau menjadi punca utama banjir di Taman Sri Muda dan berlaku ban pecahan yang menyebabkan limpahan air Sungai Klang. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya