Banjir: Tiada aduan terputus bekalan makanan di Negeri Sembilan  - Utusan Malaysia

Banjir: Tiada aduan terputus bekalan makanan di Negeri Sembilan 

AIN Arjuna Aziz Zaman (kanan) membuat pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pasar raya di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiada aduan berkaitan masalah terputus bekalan makanan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan berikutan banjir yang melanda negeri ini, Sabtu lalu. 

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Air Arjuna Aziz Zaman berkata, secara keseluruhan bekalan barang keperluan adalah mencukupi dan masih mudah diperoleh di mana-mana premis peruncit terpilih (DDR) di negeri ini. 

“Status kedudukan bekalan berdasarkan 151 premis DDR di seluruh negeri adalah gula sebanyak 95,188 kilogram (kg), tepung gandum (69,269 kg), minyak masak (264,943 kg), telur (520,028 biji), beras (517,898 kg), roti (5,042 buku) dan ayam (9,541 ekor),” katanya hari ini. 

Ain Arjuna berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan di kawasan yang terlibat dengan banjir dan sekitarnya untuk pemantauan bekalan barangan keperluan. 

“Antara kawasan yang terlibat dengan bencana ini adalah beberapa kampung dan kawasan di sekitar Rantau, Jelebu, Johol, Linggi dan Sendayan.  

“Hasil pemantauan yang dilakukan, sebanyak lima DDR dan tiga stesen minyak terkesan disebabkan banjir iaitu di Linggi, Kuala Klawang dan Mambau,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya