Banjir: Solat hajat, bacaan Yasin malam ini   - Utusan Malaysia

Banjir: Solat hajat, bacaan Yasin malam ini  

PEMANDANGAN udara keadaan Taman Sri Nanding yang terjejas akibat banjir di Hulu Langat, Selangor, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Umat Islam di seluruh negara diseru mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi memohon keselamatan serta kesejahteraan buat negara dan seluruh rakyat susulan situasi banjir melanda beberapa buah negeri ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, beliau sudah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkannya selepas solat Maghrib malam ini.

Beliau berkata, diadakan di tiga masjid utama di bawah seliaan Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. 

“Saya juga memohon kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di masjid serta surau di Wilayah Persekutuan.

“Malam ini, saya dan anggota agensi hal ehwal Islam akan bersama-sama jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beliau juga memohon kerjasama dan jasa baik Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk turut sama mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di masjid dan surau di seluruh negeri-negeri untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan.

Idris berkata, beliau juga mendoakan agar mangsa-mangsa banjir dan seluruh keluarga, anggota keselamatan, petugas barisan hadapan, sukarelawan dan semua pihak diberikan keselamatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang melaksanakan misi bantuan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya