Banjir: Rosyam Nor turut salur bantuan  - Utusan Malaysia

Banjir: Rosyam Nor turut salur bantuan 

ROSYAM Nor (tengah) dan Zamani Ahmad Mansor (dua kiri) menunjukkan sumbangan itu di Bilik Gerakan Banjir di Wisma MBSA Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Nasib menimpa ribuan mangsa banjir di bandar raya ini turut mendapat perhatian pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor.

Beliau yang juga Pengarah ST Rosyam Mart tampil menyalurkan bantuan berupa beberapa barangan keperluan asas daripada pasar raya itu.

Rosyam berkata, pihaknya bersimpati dengan penduduk yang terjejas teruk akibat tragedi banjir berkenaan.

“Biarpun sumbangan saya tidak sebesar mana, ia sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mangsa. Selain itu, saya mahu membantu pihak berkuasa yang bertungkus lumus menguruskan situasi banjir ketika ini,” katanya. 

  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan itu di Bilik Gerakan Banjir di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, petang tadi. Sumbangan itu diserahkan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya