Banjir: RichWell sumbang RM0.5 juta kepada MBSA - Utusan Malaysia

Banjir: RichWell sumbang RM0.5 juta kepada MBSA

NASRUL Hadi (dua dari kanan) menyerahkan plakad simbolik penyerahan sumbangan RM500,000 oleh RichWell dalam program #RichWellBantuBanjir kepada Zamani AHmad Mansor (dua dari kiri) di Bilik Gerakan Bencana Banjir MBSA di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) menghulurkan sumbangan wang tunai RM500,000 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantu kerja-kerja pemulihan pada pasca banjir dan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Sumbangan tersebut diberikan oleh kira-kira 300 usahawan yang dibimbing oleh pengasas RichWorks, Datuk Dr. Azizan Osman serta hampir 1,000 usahawan di bawah bimbingan berterusan melalui RichWell.

Menurut, Naib Presiden (Kewangan) RichWorks Sdn Bhd (RichWorks), Nasrul Hadi, sumbangan wang tunai dibuat memandangkan pengagihan barang dilaporkan berhadapan kesukaran dan untuk mengelakkan pembaziran jika barang itu tidak dapat diagihkan.

“Kami putuskan untuk beri sumbangan tunai kerana untuk hantar barang mencabar, jadi kita rasa lebih baik serahkan wang tunai seterusnya, kami percaya MBSA lebih tahu jenis bantuan diperlukan seperti barangan elektrik dan selebihnya kepada proses pemulihan.

“Inisiatif ini dibuat oleh pengasas kami Datuk Azizan Osman yang mana beliau menyahut saranan kita kena bantu dalam keadaan sekarang, jadi apa yang kita buat sejak Selasa baru-baru ini kita maklumkan para usahawan yang dibimbing secara dekat untuk menyumbang,” katanya selepas majlis ringkas Penyerahan Sumbangan Bantuan #RichWellBantuBanjir di Bilik Gerakan Bencana Banjir MBSA di sini, hari ini.

Bantuan tersebut diberikan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) MBSA kepada wakilnya, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor yang memberikan taklimat mengenai pemantauan bencana dan pasca banjir di sini.

Nasrul menambah, keutamaan diberikan kepada bandar raya ini memandangkan pejabatnya di Seksyen 13 serta terdapat petugas yang terjejas selepas kediaman dan kereta mereka ditenggelami banjir.

Justeru, Zamani memaklumkan beliau berterima kasih kepada RichWell yang memberikan sumbangan disifatkan cukup besar dan menyifatkan bantuan itu boleh digunakan untuk membantu mangsa dan proses pemulihan dalam pasca banjir.

“Kita terima kasih kepada mereka saya pun sudah berbincang dengan mereka sebab mereka pun nak beli barang tak sempat. Cuma kami sudah mulakan proses pembersihan dan pemulihan sebab bantuan makanan sudah banyak, jadi takut lebih.

“Ada 24 majlis perwakilan penduduk iaitu ahli majlis yang mengetuainya dan akan salurkan kepada mereka untuk pembelian seperti water jet, kalau lebih boleh beli peralatan elektrik penting kepada penduduk seperti periuk nasi dan sebagainya,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya