Banjir: Ranhill sedia loji rawatan air mudah alih  - Utusan Malaysia

Banjir: Ranhill sedia loji rawatan air mudah alih 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua unit MobiCell Super Efficient Mobile dan Compact Water Treatment Plant atau loji rawatan air bersih mudah alih  ditempatkan  di Selangor untuk  kegunaan mangsa banjir.

Ranhill Utilities Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, kemudahan tersebut disediakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta beberapa agensi kerajaan lain.

Katanya, dua unit loji rawatan air bersih mudah alih bersaiz 20 inci dan 40 inci itu  bertindak memproses air bersih untuk membantu menyediakan sumber alternatif air bersih terawat bagi kegunaan mangsa banjir.

“Loji rawatan air bersih mudah alih ini ditempatkan di sekitar kawasan Hulu Langat berikutan kawasan ini direkodkan antara kawasan yang terjejas teruk.

“Ia berupaya menghasilkan sebanyak 5000 liter air bersih terawat dalam masa satu jam dan secara tidak langsung ianya dapat memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 isi rumah sehari untuk akses air bersih.

“Sistem yang digunakan oleh loji rawatan air bersih mudah alih ini adalah sama seperti sistem rawatan air bersih di loji rawatan air. Oleh kerana itu kualiti air bersih terawat yang dihasilkan adalah menyamai kualiti standard air minum di Malaysia yang menjamin keselamatan bagi kegunaan mangsa-mangsa banjir,” katanya di sini hari ini – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya