Banjir: Penduduk hilang tempat tinggal dibina rumah baharu

Banjir: Penduduk hilang tempat tinggal dibina rumah baharu

AMINUDDIN Harun (kiri) meninjau sekitar laluan menuju ke Loji Rawatan Air Pantai, Seremban yang terkesan akibat tanah runtuh hari ini. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan membina sebanyak lapan buah rumah baharu kepada penduduk yang kehilangan kediaman masing-masing akibat banjir di Kampung Puom, Jelebu dalam masa terdekat. 

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun rumah baharu tersebut tidak dibina di tapak lama sebaliknya di tapak baharu yang kawasannya akan dicari oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.

“Rumah penduduk ini musnah akibat banjir yang berlaku dua hari lalu sehingga menyebabkan mereka kehilangan tempat berteduh. Kerajaan negeri akan membina lapan rumah baharu kepada lapan keluarga yang kehilangan rumah di Kampung Puom, Jelebu. 

“Pihak Pejabat Daerah Jelebu telah mencari tapak baharu di kawasan yang lebih sesuai kerana khuatir akan terjejas banjir. Setakat hari ini, kami masih mengumpul maklumat berapa ramai yang terkesan dengan banjir di negeri ini bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke Loji Rawatan Air (LRA) Pantai di sini hari ini. 

Sementara itu, tambahnya, kerajaan negeri juga telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan kawasan yang terjejas di dalam pentadbiran mereka dibersihkan dengan kadar segera.

“Saya telah arahkan PBT di daerah Kuala Pilah dan Jempol yang kurang terkesan dengan banjir membantu daerah yang terdekat dengan mereka. Saya juga difahamkan ketika ini sedang melakukan pembersihan pasca banjir di beberapa daerah sudah semakin pulih. 

“Alhamdulillah, saya melihat beberapa daerah yang terjejas sudah mulai pulih dan saya juga ada menerima bantuan daripada beberapa syarikat yang mahu membantu mangsa terjejas banjir di negeri ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Aminuddin menjelaskan, kerajaan negeri menerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) telah menyediakan sebanyak lima buah lori tangki bersaiz besar dan 13 buah tangki statik untuk ditempatkan di sekitar kawasan terlibat gangguan bekalan air berpunca daripada LRA Pantai yang rosak akibat kejadian tanah runtuh.

“LRA Pantai ini yang dijangka memakan masa untuk beroperasi semula, maka pihak Sains telah membuat penyambungan paip dari Sungai Terip ke Mendom bagi membantu kawasan di Pantai dan penyambungan paip dari jajaran Batu 5 ke Gunhill bagi kawasan di Sikamat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya