Banjir : Pelancongan di Pantai Timur dijangka merosot 2022 - Utusan Malaysia

Banjir : Pelancongan di Pantai Timur dijangka merosot 2022

HAFIZ HAZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kemasukan pelancong ke Pantai Timur dijangka merosot tahun depan ekoran kejadian banjir buruk yang melanda negara baru-baru ini. 

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin berkata berkata, jangkaan itu dipengaruhi faktor kerugian besar yang ditanggung banyak pihak terutama pelancong dan penggiat industri selepas kehilangan harta benda dalam bencana berkenaan. 

Katanya, situasi itu tentunya memberi tamparan hebat kepada seluruh industri pelancongan yang baru sahaja bernafas selepas kebenaran rentas negeri. 

“Tidak dinafikan banjir baru-baru ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelancongan domestik termasuk kedatangan pengunjung ke Pantai Timur.

“Di Pahang misalnya, banyak chalet serta destinasi tarikan pelancongan musnah dan tentunya proses pemulihan di kawasan berkenaan mengambil masa panjang kerana melibatkan kos baik pulih dan pembinaan baharu yang tinggi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Hafiz berkata, ketika ini pihaknya masih mengenal pasti bilangan lokasi pelancongan yang terjejas dalam bencana banjir itu di samping jumlah kerugian sebenar.

Katanya, antara kawasan yang terlibat ialah di Janda Baik, Kuantan, Bentong, Temerloh dan Gambang di Pahang manakala di Kelantan pula di Kuala Krai serta Gua Musang.

“Dari segi jumlah kerugian agak subjektif untuk kita membuat penilaian awal tetapi saya menganggarkan mungkin mencecah puluhan juta ringgit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya