Banjir: MBSA sedia tong roro di 19 lokasi - Utusan Malaysia

Banjir: MBSA sedia tong roro di 19 lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meletakkan tong roro dengan kapasiti tiga tan di 19 lokasi di 13 kawasan dalam daerah itu bagi membolehkan penduduk membuang peralatan dan perabot yang rosak akibat banjir.

Menurut ciapan Twitter rasmi MBSA, 19 lokasi itu iaitu empat di Seksyen 24 iaitu di Masjid Al-Ehsan, Jalan 24/10B, Jalan Peria 241/4 dan Jalan Kesum 24/38.

Bagi Seksyen U6, tiga lokasi ditempatkan iaitu di Desa Subang Perantau, Jalan 2B Taman Setia Warisan dan Jalan Jati KMS. Dua lagi lokasi terletak masing-masing di Seksyen 17 iaitu di Jalan 17/31 dan Jalan 17/27 serta di Seksyen 33 iaitu di Jalan 331/0 dan Jalan 33/19.

Bagi lapan lagi kawasan, MBSA meletakkan tong roro di satu lokasi iaitu di Seksyen 23 di Jalan 23/6C; Seksyen 31 (Masjid Al-Bakri Bukit Naga), Seksyen 36 (Jalan Karas 361/3, Taman Seri Wangi), Seksyen U17 (Kampung Kubu Gajah 23), Seksyen 7 (Dewan Kiambang), Seksyen 19 (Jalan Serkap 19/42), Seksyen 28 (Masjid Faizin) dan Seksyen 29 (Kampung Lombong 29/3). – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya