Banjir: Lebih ramai anggota bomba sedia dikerah jika keadaan meruncing - Utusan Malaysia

Banjir: Lebih ramai anggota bomba sedia dikerah jika keadaan meruncing

REEZAL Merican Naina Merican beramah mesra dengan salah seorang kanak-kanak yang menyertai Majlis Khatan Perdana peringkat Parlimen Kepala Batas di Kubang Menerong, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia mengerahkan lebih ramai anggota bomba termasuk dari negeri-negeri yang tidak dilanda banjir untuk membantu operasi mencari dan menyelamat jika keadaan bencana itu semakin meruncing.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau telah berhubung dengan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid untuk membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku peneraju operasi yang dijalankan secara bersepadu bersama beberapa agensi lain.

“Ketika ini, saya difahamkan terdapat enam negeri yang terlibat dengan banjir terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, saya akan diberikan taklimat penuh oleh pihak bomba di Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong (Shah Alam, Selangor) selepas ini untuk mengetahui keadaan semasa banjir sebelum langkah seterusnya boleh diambil,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Perdana peringkat Parlimen Kepala Batas yang disertai oleh 150 kanak-kanak di Kubang Menerong, di sini hari ini.

Ketika ini, seramai 4,819 anggota bomba termasuk pasukan bomba sukarela telah diatur gerak untuk membantu kerja-kerja menyelamat dan membawa mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri-negeri yang terlibat dengan bencana itu.

Pada masa sama, sebanyak 125 buah kenderaan angkut serta 214 bot turut digerakkan sebagai aset logistik untuk tujuan tersebut.

Dalam pada itu, Reezal Merican menasihatkan orang ramai terutama mangsa banjir supaya segera menghubungi talian kecemasan dan mematuhi arahan pihak berkuasa setiap masa selain mengutamakan keselamatan diri serta keluarga.

“Saya difahamkam banyak tempat yang dilanda banjir ketika ini berikutan berlakunya hujan lebat yang berterusan dan ada juga jalan (kawasan) yang terputus (hubungan) serta kejadian tanah runtuh.

“Saya turut diberitahu pihak bomba bersama beberapa agensi lain sedang berusaha untuk membantu mangsa yang terlibat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya