Banjir: Lebih 10 kenderaan tersadai 'total loss' - Utusan Malaysia

Banjir: Lebih 10 kenderaan tersadai ‘total loss’

HAZALIZAN Ramli melihat keretanya yang 'total loss' dalam kejadian banjir di Kampung Batu Serambai, Jelebu. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Penduduk di Kampung Batu Serambai di sini tidak sempat menyelamatkan kenderaan masing-masing apabila lebih 10 kenderaan ditenggelami banjir, malam semalam.

Hazalizan Ramli, 37, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah mentuanya bersama isteri dan anak-anak dikejutkan dengan bunyi deruan air pada pukul 9 malam.

“Sebelum itu air dari kawasan bukit di belakang rumah sudah pun memenuhi halaman rumah. Jadi, saya bersama ipar-ipar yang lain serta jiran mengalihkan kenderaan ke bahu jalan yang terletak lebih tinggi dari rumah.

“Namun tak lama lepas tu tiba-tiba sahaja air datang menderu dari sungai di hadapan rumah dan menyebabkan air naik sehingga ke paras dua meter menenggelami kenderaan kami,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu Serambai di sini.

Hazalizan berkata, dalam keadaan berkenaan mereka hanya mampu melihat kereta tenggelam dan dibawa arus air yang deras.

“Kami terus bawa ahli keluarga kami ke loteng rumah. Dalam kejadian ini kereta jenis Perodua Myvi saya total loss manakala kereta Honda Civic saya yang mempunyai perlindungan insurans bencana telah ditunda ke bengkel untuk dibaiki,” katanya.

Antara kenderaan rosak dan tersadai di Kampung berkenaan ialah Perodua Axia, Proton Saga dan lebih empat motosikal pelbagai jenis rosak disebabkan banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya