PETALING JAYA: Laluan di Jalan Jeli Lama berhampiran Kampung Jeli Lama, Jeli, Kelantan masih ditutup kepada semua kenderaan.
Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jeli, ini kerana kedalaman paras air banjir mencecah 1.10 meter.
Dalam status laporan kemas kini setakat pukul 6 petang, panjang laluan terlibat banjir ini meliputi jarak 700 meter.
“Papan tanda amaran diletakkan di lokasi dengan trend air bertahan dan cuaca hujan,” jelasnya.