Banjir: KPT digesa beri tempoh bertenang seminggu - Utusan Malaysia

Banjir: KPT digesa beri tempoh bertenang seminggu

SEORANG anggota bomba membuat pemantauan banjir kilat di Taman Jaromas Jenjarom di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pengajian Tinggi digesa memberikan tempoh bertenang selama seminggu bermula esok kepada seluruh kepada seluruh mahasiswa, pensyarah dan kakitangan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta susulan banjir besar melanda seluruh negara.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Ahmad Farhan Rosli berkata, langkah itu amat penting bagi mengurangkan beban mahasiswa dan pensyarah yang diyakini berdepan kesukaran meneruskan pembelajaran dalam suasana luar biasa kali ini.

“Perkembangan banjir luar biasa yang melanda seluruh negara secara tidak langsung keadaan kurang kondusif ini mengganggu proses pembelajaran dan pembelajaran di seluruh institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.

“Atas keprihatinan ini, kami menggesa Kementerian Pengajian Tinggi mengambil tindakan proaktif bagi memberikan tempoh bertenang selama seminggu iaitu bermula 20 hingga 27 Disember kepada seluruh mahasiswa, pensyarah dan komuniti.

“Langkah ini penting bagi mengurangkan beban mahasiswa dan pensyarah yang kami yakini berdepan kesukaran meneruskan pembelajaran dalam suasana luar biasa kali ini.

“Kami mendoakan seluruh rakyat Malaysia bersatu pada menghadapi keadaan luar biasa ini, di samping menggesa pihak kementerian mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kebajikan mahasiswa dan pensyarah tetap terjaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya