Banjir: Kampung Tersang pertama kali ‘terputus’ hubungan - Utusan Malaysia

Banjir: Kampung Tersang pertama kali ‘terputus’ hubungan

AZHARI Nusi (kiri) bersama anggota membantu memindahkan mangsa yang terperangkap akibat banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Lebih 300 penduduk di Kampung Tersang terputus hubungan apabila jalan utama kampung tersebut ditenggelami air melepasi paras lutut dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan, buat kali pertama.

Seorang penduduk, Din Abdul Rahman, 57, anak jati Kampung Tersang yang sejak kecil menetap di kampung tersebut berkata, kejadian terputus hubungan akibat air banjir itu mengejutkan dan merupakan ‘sejarah’ baharu.

“Jalan raya menghubungkan Kampung Tersang dengan kawasan lain sebelum ini bukan tidak pernah dinaiki air langsung, cuma parasnya cetek dan cepat pula surut.

“Sepanjang saya menetap di sini, ini kali pertama air naik sedalam ini hingga tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan dan tidak surut-surut mengakibatkan kami terputus hubungan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu tinjauan pemberita bersama Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan di kampung berkenaan mendapati, jalan raya utama itu ditenggelami air melepasi paras lutut dan hanya boleh dilalui perahu.

Turut turun padang membuat tinjauan sambil membantu penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat ialah Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan Superintendan Azhari Nusi.

Difahamkan, air Sungai Lacang mula melimpah masuk ke kampung tersebut sejak Jumaat lalu susulan hujan lebat dan situasi menjadi lebih teruk disebabkan aliran sungai kini terganggu akibat projek tebatan banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN