Banjir: Enam lokasi kumpul al-Quran, kitab agama rosak - Utusan Malaysia

Banjir: Enam lokasi kumpul al-Quran, kitab agama rosak

ANTARA naskah al-Quran yang rosak akibat banjir pada minggu lalu di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang, Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan enam lokasi sebagai pusat pengumpulan al-Quran dan buku agama yang musnah akibat banjir di negeri ini.

Lokasi itu melibatkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Serai bagi daerah Hulu Langat); Tanah Perkuburan Islam Johan Setia (Klang) dan Masjid Al-Madaniah USJ 18, Subang Jaya (Petaling). Ia diikuti Masjid As-Solihin Kancong Darat (Kuala Langat); Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor (Kuala Selangor); dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya (Sepang). 

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, bencana banjir mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan harta benda termasuk al-Quran dan kitab agama di masjid, surau, sekolah serta rumah.

“Semua pihak terutama di lokasi terjejas boleh menghantar naskhah berkenaan ke masjid kariah berdekatan. Al-Quran dan kitab agama yang rosak itu boleh dihantar sehingga Khamis ini sebelum dikumpulkan di enam lokasi yang ditetapkan,” katanya dalam kenyatan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya