Banjir di Perak pulih, 2 PPS ditutup - Utusan Malaysia

Banjir di Perak pulih, 2 PPS ditutup

AIR yang bertakung dari kawasan yang dilanda banjir di Lorong Mesra dipam keluar ke Sungai Sungkai Mati di Teluk Intan. - IHSAN APM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak Ahad lalu bagi menempatkan mangsa banjir di daerah Hilir Perak ditutup hari ini.

PPS di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Changkat Jong dan Dewan Bandaran Teluk Intan ditutup pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Kesemua 95 mangsa banjir daripada 24 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah paras air di kawasan rumah mereka didapati surut dan selamat.

Pegawai Daerah Hilir Perak, Saidi Shaari berkata, penutupan dua PPS itu setelah mendapat nasihat dan meneliti keadaan kawasan berlaku bencana banjir yang beransur baik.

Katanya, kesemua mangsa banjir juga telah kembali ke rumah masing-masing.

“Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak termasuk agensi kerajaan, penghulu, individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertungkus-lumus membantu dan menyelaras PPS sepanjang banjir melanda daerah ini,” katanya dalam kenyataannya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya