Banjir di Pahang menurun kepada 22,304 mangsa - Utusan Malaysia

Banjir di Pahang menurun kepada 22,304 mangsa

RAKYAT bergotong-rotong membuang barangan rumah yang rosak akibat banjir di kawasan perumahan Inderapura di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini sehingga pukul 6 petang ini terus menurun kepada 22,304 orang daripada 6,696 keluarga berbanding 22,720 orang daripada 6,793 keluarga pukul 4 petang ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Che Adam A. Rahman berkata, sebanyak 155 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di enam daerah iaitu Temerloh, Bera, Maran, Pekan dan Bentong.

Menurutnya, daerah Temerloh menunjukkan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 11,037 mangsa daripada 3,184 keluarga yang ditempatkan di 56 PPS dengan jumlah korban akibat banjir seramai empat orang. 

“Di Bentong mencatat pertambahan mangsa banjir seramai 3,692 daripada 1,327 keluarga yang dipindahkan di 17 PPS serta membabitkan sembilan kematian dalam tragedi banjir ini; Bera mencatatkan 2,263 mangsa daripada 654 keluarga di 22 di PPS. Di Kuantan terdapat penurunan kes iaitu 2,223 mangsa dengan bilangan 584 keluarga di 12 PPS yang masih dibuka dan membabitkan dua kes kematian akibat banjir setakat ini.

“Di Pekan, masih tiada perubahan iaitu seramai 1,602 mangsa banjir  daripada 521 keluarga yang ditempatkan di 20 PPS manakala Maran dengan jumlah  1,482 mangsa daripada 426 keluarga di 28 PPS berdekatan,” katanya dalam kenyataan di sini. hari ini.

Sementara itu, Che Adam berkata, dalam perkembangan semasa sebanyak 36 laluan masih ditutup membabitkan beberapa daerah iaitu Temerloh, Pekan, Maran dan Bera.

“Di Termerloh jalan yang masih ditutup antaranya Kuala Lumpur – Kuantan, Jalan Gemas – Temerloh, Jalan Temerloh – Mentakab, Jalan Bolok- Sok Mek, Jalan Utama Mempaga/Bkt Damar/Lakum, Jalan Kg. Gantok, Jalan Seberang Temerloh, Jalan Kg Lipat Kajang, Jalan Teluk Ira-Rumpun Makmur, Jalan Spg. Songsang-Banga, Jalan Megat Segama, Jalan Alternatif Paya Luas – Paya Jauh, Jalan Kg Belenggu, Jalan Bahagia – Belenggu halt, Jalan Batu Kapur – Sg. Buloh, Jalan Sanggang – Lubuk Kawah dan Jalan Jenderak Loop.

“Bagi penutupan jalan Maran membabitkan Jalan Pekan Sehari Kg Awah, Jalan Kg. Wau /Kertau, Jalan Serengkam, Jalan Bukit Tajau-Bndr Pusat Jengka, Jalan Chenor Sekara Kening, Pejing, Jalan Masuk Kg Paya Ladang dan Peijing manakala di Pekan hanya Jalan Teluk Ganchong Lepar, Jalan Pelak – Belimbing dan Jalan Mentiga Terapai.

“Sebanyak lapan jalan di Bera di tutup iaitu melibatkan Jalan Gemas-Temerloh, Jalan Bohor Bahru, Jalan Bukit Serdang, Jalan Kg Menteri, Jalan Kuala Bera, Jalan Charuk Puting – Guai, Jalan Charuk Puting – Selindang dan Jalan Triang 1,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya